Imbuhan memper-…-kan

Terbitan

Imbuhan apitan memper-…-kan lazimnya hanya melekat pada kata nama dan kata kerja.

memperkawankan (kawan – kata nama)
memperlihatkan (lihat – kata kerja)

Imbuhan ini tidak mampu bergabung dengan kata adjektif, kata bilangan mahupun kata tugas.

memperdalamkan* (dalam – kata adjektif)
memperempatkan* (empat – kata bilangan)
memperolehkan* (oleh – kata tugas)

Namun begitu, menurut Kamus Dewan yang rasmi, kedua-dua patah perkataan di bawah adalah wujud dalam bahasa Melayu walaupun kata dasar perkataan ini kata bilangan.

mempersatukan
memperduakan

Fungsi (1): Menjadikan atau menyebabkan ada sesuatu sifat

Makna pertama apitan memper-…-kan ialah ‘menyebabkan seseorang atau benda memiliki sifat yang tertentu’. Sifat itu bergantung pada kata dasarnya. Misalnya, mempersuamikan membawa maksud ‘menjadikan atau menyebabkan seseorang bersuami’, seperti yang dilakukan oleh ibu bapa kepada anaknya.

Beliau mempersuamikan anaknya dengan profesor itu.

Ramai pelajar tidak dapat membezakan ‘mempersuami / memperisteri’ dengan ‘mempersuamikan / memperisterikan’ dengan tepat. Sebenarnya, ‘mempersuami / memperisteri’ bermaksud ‘menjadikan seseorang sebagai suami / menjadikan seseorang sebagai isteri’.

Satu contoh lain ialah mempersendakan, iaitu ‘menjadikan senda’.

Mereka sentiasa mempersendakan segala usaha kami.

Fungsi (2): Menyebabkan orang lain melakukan sesuatu perbuatan

Fungsi kedua apitan memper-…-kan membentuk kata kerja bermakna ‘menyebabkan orang lain mengerjakan sesuatu’. Oleh itu, memperlihatkan bermaksud ‘menyebabkan orang lihat’.

Pelukis itu memperlihatkan karyanya yang baru selesai.

Sama sekali, memperdengarkan ialah ‘menyebabkan orang dengar’.

Bentuk pasif

Bentuk pasif imbuhan memper-…-kan ialah diper-…-kan (bagi kata ganti nama diri orang ketiga) atau per-…-kan (bagi kata ganti nama diri orang pertama dan kedua)。

Ronald diperisterikan oleh ibu dengan angkasawati itu.

Ronald aku peristerikan dengan angkasawati itu.