Kata Adjektif
Kata adjektif juga dikenali sebagai ‘kata sifat’.
Penggolongan berdasarkan pembentukan
Kata adjektif tunggal
Kata adjektif tunggal terdiri daripada satu perkataan sahaja.
lesu
pucat
condong
Kata adjektif majmuk
Kata adjektif majmuk terhasil daripada proses pemajmukan antara dua kata dasar atau lebih. Dalam bahasa Melayu, kebanyakan kata adjektif majmuk merujuk kepada warna.
hijau daun
kuning langsat
merah jambu
biru laut
Kata adjektif terbitan
Kata adjektif terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan dan boleh berasal daripada kata adjektif tunggal mahupun kata nama majmuk atau rangkaian kata
termasyhur
seburuk
kecinaan
Kata adjektif ganda
Kata adjektif ganda terhasil daripada proses penggandaan.
sepandai-pandai
ketinggi-tinggian
kusut-masai
gelap-gelita
hiruk-piruk
Penggolongan berdasarkan darjah perbandingan
Darjah perbandingan
Darjah biasa
Darjah biasa merujuk kepada kata adjektif yang asal.
Dia cerdik.
Darjah bandingan
Darjah bandingan digunakan apabila dua entiti dibandingkan atau dibezakan untuk menunjukkan makna ‘sama’, ‘lebih’ atau ‘kurang’.
Antara saya dengan dia, dia lebih cerdik.
Darjah penghabisan
Darjah bandingan digunakan untuk menghasilkan makna ‘paling’.
Dia paling cerdik dalam kelas.
Penggolongan berdasarkan makna
- Sifat
- Warna
- Ukuran
- Waktu
- Bentuk
- Jarak
- Cara
- Pancaindera
- Perasaan