Tatabahasa

Kata Nama menamakan orang, haiwan, tempat, benda, institusi atau konsep.

Kata Kerja menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

Kata Adjektif atau kata sifat, menerangkan kata-kata lain.

Penjodoh Bilangan berasal dari kata nama, berpasangan dengan kata bilangan untuk menunjukkan jumlah.

Kata Tugas ialah segolongan kata yang tidak boleh menjadi unsur inti frasa nama, kerja atau adjektif, tetapi mendukung tugas sintaksis yang tertentu.

Kata Sendi Nama berfungsi sebagai kata depan kata nama.

Kata Hubung menggabungkan unsur ayat.

Kata Seru membina ayat seruan dan menerbitkan pelbagai perasaan kuat.

Kata Tanya membentuk ayat tanya.

Kata Pemeri ialah pemerihal atau penghubung antara subjek dengan predikat.

Kata Nafi menyatakan maksud negatif.

Kata Bilangan menjelaskan jumlah sesuatu.

Kata Arah menandakan arah atau kedudukan.

Kata Penguat menguatkan makna kata adjektif.

Kata Perintah berfungsi membentuk perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan.

Kata Bantu menambahkan makna dari segi waktu atau ragam.

Kata Pembenar berfungsi mengesahkan pernyataan.

Kata Penegas menguatkan sesuatu kenyataan dalam ayat.

Kata Pembenda menjadikan kata yang bukan kata nama kepada kata nama.

Kata Penekan ialah kata pascakata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya.

Kata Pangkal Ayat penanda kesinambungan ayat dalam wacana.

Kata Adverba menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama atau frasa sendi nama.

Hukum DM menjelaskan bahawa unsur inti yang ‘diterangkan’ hadir pada kedudukan depan dan unsur penerang yang ‘menerangkan’ hadir pada kedudukan belakang.

Kemahiran Mendengar

Latihan Mendengar (Rencana): Gelombang Haba

Latihan Mendengar (Kisah): Raja Bersiong

Latihan Mendengar (Kisah): Harimau Kumbang dan Nyamuk

Imbuhan

IMBUHAN AWALAN melekat pada bahagian depan kata dasar.

Imbuhan meN- ialah imbuhan yang paling umum dalam bahasa Melayu.

Imbuhan beR- membentuk kata kerja tak transitif.

Imbuhan teR- menandakan perbuatan tidak sengaja, daya, keadaan sudah buat serta darjah penghabisan.

Imbuhan di- membina ayat pasif bagi kata ganti nama diri orang ketiga.

Imbuhan memper- dapat membentuk kata yang bermakna ‘menjadikan sebagai’ atau ‘menjadikan lebih’.

Imbuhan ke- menandakan tumpuan tindakan, bilangan ordinal atau bilangan sekelompok.

Imbuhan pe- membina kata nama bermaksud orang yang mengerjakan sesuatu.

Imbuhan peN- membentuk kata nama yang bermaksud orang yang menjawat tugas, orang yang suka akan sesuatu serta alat.

Imbuhan peR- menghasilkan kata nama yang bermaksud alat atau orang yang pekerjaannya melakukan sesuatu.

Imbuhan se- ada makna yang termasuk ‘sama’, ‘kesemua’ dan ‘satu’.

IMBUHAN AKHIRAN melekat pada bahagian belakang kata dasar.

Imbuhan -kan membentuk ayat perintah dan ayat pasif bagi kata ganti nama diri orang pertama atau kedua.

Imbuhan -i membentuk ayat perintah dan ayat pasif bagi kata ganti nama diri orang pertama atau kedua.

IMBUHAN APITAN melekat pada bahagian depan dan belakang kata dasar.

Imbuhan meN-…-kan ada maksud seperti ‘menjadikan’, ‘membuat sesuatu untuk orang lain’, dan lain-lain.

Imbuhan meN-…-i ada fungsi seperti makna lokatif, menandakan penerima tindakan, ‘memberikan’ dan lain-lain.

Imbuhan beR-…-kan membawa maksud ‘menjadikan sesuatu sebagai’.

Imbuhan beR-…-an menunjukkan perbuatan antara dua pihak, perbuatan yang tidak terputus-putus dan jumlah jamak.

Imbuhan memper-…-kan membentuk kata kerja yang bermakna ‘menjadikan atau menyebabkan ada sesuatu sifat’ atau ‘menyebabkan orang lain melakukan sesuatu perbuatan’.

Imbuhan memper-…-i ada makna ‘menjadikan’ serta ‘menyebabkan’.

Imbuhan ke-…-an ada kegunaan yang banyak dan mampu melahirkan kata nama, kata kerja pasif dan kata adjektif.

Imbuhan pe-…-an menandakan peristiwa atau tempat.

Imbuhan peN-…-an penanda sesuatu proses.

Imbuhan peR-…-an lazimnya membina kata nama abstrak.

IMBUHAN SISIPAN melekat pada bahagian tengah kata dasar.

Imbuhan sisipan -el- membentuk celorengjelajahtelapakselerak.

Imbuhan sisipan -em- membentuk cemerlanggemilangtemali.

Imbuhan sisipan -er- membentuk serulinggerigiserabutkerlip.

Imbuhan sisipan -in- hanya membentuk satu perkataan sahaja iaitu sinambung.

Lain