Arahan: Sila tekan video di bawah dan dengar rakamannya dengan teliti. Soalan-soalan akan diperlihatkan sebelum maklumat atau petikan diperdengarkan. Petikan tersebut akan diperdengarkan sebanyak dua kali. Anda dikehendaki mendengar rakaman tersebut dengan teliti dan menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Rakaman (Youtube)
Soalan
- Yang manakah BUKAN kuasa polis? (menangkap orang yang disyaki melakukan jenayah / memberi bantuan kepada masyarakat / menjatuhkan hukuman sesuai kepada penjahat / memantau secara sulit)
- Senaraikan dua pasukan polis khas.
- Betulkah pernyataan ini? “Setiap orang mata-mata berpakaian seragam.” (Betul / Salah)
- Omar seorang lelaki yang ingin memohon jawatan polis. Secara minimumnya, berapakah seharusnya tinggi Omar?
- Nyatakan maksud ‘berpilih kasih’.
- Mengapakah anggota polis perlu mempunyai personaliti yang berani dan perkasa?
- Yang manakah paling hampir sama masksud dengan ‘lebih baik putih tulang daripada putih mata’? (daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga / mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati / harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama / biar mati anak, jangan mati adat)
- Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh anggota polis? (kekurangan interaksi dengan masyarakat / ancaman nyawa dan tekanan kerja tinggi / kesempatan untuk memilih cuti banyak / kebebasan untuk berkomunikasi secara tidak cekap)
- Pilih pernyataan betul. (Pemohon perempuan seharusnya paling kurang 158 sentimeter. / Kecergasan fizikal sahaja yang diambil kira dalam pengambilan polis. / Tingkah laku polis diteladani oleh khalayak ramai. / Polis mampu menghabiskan masa banyak ketika membuat keputusan.)
Skrip
Klik sini untuk melihat skrip Siapa itu Polis?
Polis dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk memastikan keselamatan dan kestabilan masyarakat dengan mengurangkan kadar jenayah pada tahap yang paling minimum dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang.
Secara umumnya, polis bersedia untuk melaksanakan penangkapan, pencegahan dan pengesanan jenayah yang wujud dalam masyarakat kita.
Mata-mata berkuasa untuk menangkap dan menahan orang yang disyaki melakukan jenayah, lalu menyiasat orang tersebut.
Mereka juga mampu memberi bantuan kepada rakyat jelita seperti perlindungan dan pengawasan.
Namun demikian, terdapat berbagai-bagai pasukan polis yang didirikan untuk tujuan khas.
Antaranya termasuklah jabatan penguatkuasaan trafik, jabatan siasatan jenayah komersial, cawangan khas serta pasukan gerakan marin.
Meskipun kebanyakan anggota polis memakai pakaian seragam yang ditetapkan, namun sesetengah anggota polis juga dibenarkan berpakaian sederhana untuk berinteraksi sebagai orang awam bagi melaksanakan pemantauan secara sulit.
Untuk menjadi anggota polis, pemohon sepatutnya memiliki ciri-ciri fizikal dan pancaindera yang tertentu.
Bagi orang perempuan, tingginya sekurang-kurangnya 157 sentimeter, dan bagi lelaki, tingginya yang minimum ialah 163 sentimeter.
Mereka perlu menjalani pemeriksaan fizikal yang lengkap agar diperakui sihat untuk berkhidmat.
Selain kriteria fizikal, mereka yang bercita-cita untuk memasuki pasukan polis juga harus memiliki sifat lain. Terutamanya, pemohon seperlunya bersifat telus dan amanah, serta tidak berpilih kasih.
Hal ini demikian kerana anggota polis akan menjadi panduan tingkah laku yang dicontohi ramai kepada masyarakat.
Tidak dapat dinafikan bahawa polis banyak disanjung dan dikagumi kerana mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara.
Oleh itu, para anggota polis ada beban yang berat untuk menunjukkan teladan yang terbaik pada setiap waktu.
Anggota-anggota polis juga mesti mempunyai personaliti yang berani dan perkasa. Hal ini begitu kerana mereka akan terdedah kepada tekanan yang luar biasa semasa memegang jawatan.
Pepatah ‘lebih baik putih tulang daripada putih mata’ sepantasnya menjadi mantera untuk mengendalikan rancangan-rancangan yang tidak memuaskan hati, seperti ancaman nyawa, pembekuan cuti akibat kekangan kerja, serta perselisihan faham daripada segelintir masyarakat.
Oleh sebab ada cabaran yang akan dihadapi, polis harus berkebolehan untuk membuat keputusan yang cepat dan berkomunikasi secara cekap.
Secara tuntasnya, boleh dinampakkan bahawa jawatan polis tidak senang.
Namun demikian, kerjaya ini merupakan sesuatu yang patut dipertimbangkan, khususnya oleh kalangan orang muda, kerana mampu berbakti kepada tanah air yang kita hargai.
Jawapan
Klik sini untuk melihat jawapan
- menjatuhkan hukuman sesuai kepada penjahat
- Jabatan penguatkuasaan trafik // Jabatan siasatan jenayah komersia // Cawangan khas // Pasukan gerakan marin (mana-mana dua)
- Salah
- 163 sentimeter
- berat sebelah // melebihkan pertimbangan kepada sesuatu piha // menyebelahi sesuatu pihak (mana-mana satu)
- Anggota polis mesti mempunyai personaliti yang berani dan perkasa kerana mereka akan terdedah kepada tekanan yang luar biasa semasa memegang jawatan.
- daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga
- ancaman nyawa dan tekanan kerja tinggi
- Tingkah laku polis diteladani oleh khalayak ramai.
Nota kaki
Latihan ini sesuai untuk sekalian penutur bahasa Melayu, khususnya pelajar yang hendak menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bahasa Melayu Kertas 4 (1103/4 Kemahiran Mendengar).