Latihan Mendengar BM: Harimau Kumbang dan Nyamuk

Arahan: Sila tekan video di bawah dan dengar rakamannya dengan teliti. Soalan-soalan akan diperlihatkan sebelum maklumat atau petikan diperdengarkan. Petikan tersebut akan diperdengarkan sebanyak dua kali. Anda dikehendaki mendengar rakaman tersebut dengan teliti dan menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Rakaman (Youtube)

Rakaman Latihan Mendengar BM (Cerita: Harimau Kumbang dan Nyamuk) Youtube

Soalan

  1. Mengapakah harimau kumbang menjengkeli nyamuk pada awalnya?
  2. Bagaimanakah nyamuk menang dalam pertelingkahan antaranya dengan harimau kumbang?
  3. Yang manakah perkataan berikut yang bersinonim dengan ‘memperolok-olokkan’? (mempermain-mainkan / memperhubung-hubungkan / memperura-urakan / memperganduh-ganduhkan)
  4. Nyatakan dua kata seru yang terdapat dalam rakaman audio.
  5. Bagaimanakah harimau kumbang mencederakan diri sehingga dia terpaksa mengaku kalah? (Dia terperosok ke dalam lubang. / Dia ditikam nyamuk. / Dia tercakar diri dengan kuku. / Dia menggigit diri dengan kuat.)
  6. Yang manakah BUKAN simpulan bahasa yang dapat menggambarkan dengan tepat perbuatan harimau kumbang pada akhir pertelingkahan? (serah kalah / mati celuk / bendera putih / alamat tunduk)
  7. Yang manakah peribahasa paling sesuai untuk mengisahkan tindakan nyamuk yang bercakap besar? (bagai Belanda minta tanah / bagai ikan pulang ke lubuk / bagai haruan di dalam tuar / bagai tagar di Pulau Sembilan)
  8. Siapakah yang akhirnya menjadi pembinasa nyamuk?
  9. Ketika nyamuk ditangkap, dia telah mengujarkan sesuatu yang memperlihatkan perasaan dukacitanya. Apakah jenis ayat majmuk tersebut? (Ayat majmuk campuran / Ayat majmuk gabungan / Ayat majmuk pancangan komplemen / Ayat majmuk pancangan relatif)
  10. Nyatakan pengajaran yang dapat diceritakan dalam kisah ini.

Skrip

Klik sini untuk melihat skrip Harimau Kumbang dan Nyamuk

Seekor harimau kumbang merungut dan menderam kepada seekor nyamuk yang asyik terbang berlegar di kepalanya ketika dia cuba melelapkan mata.

“Pengacau! Pergilah kamu dari sini ke tempat jauh-jauh sebelum aku menghapuskanmu dengan kuku aku,” ngaumnya.

“Cis, aku tidak takut akanmu,” kata nyamuk secara memperolok-olokkan.

Nyamuk menambah kata, “Kamu mungkin digelar ratu di seantero savana ini, tetapi aku memang lebih kuat daripada kamu. Aku juga boleh membuktikannya. Mari kami berlawan dan lihat sesiapa yang akan menang!”

Harimau kumbang pun bersetuju.

Nyamuk menjunam ke arah harimau kumbang dengan pantas, dan menggigitnya bertalu-talu pada hidung, pipi dan telinganya.

Ketika cuba memijak nyamuk, harimau kumbang tercakar diri sendiri dengan kukunya yang tajam, sehingga dia cedera.

Tiba-tiba, harimau kumbang terhuyung-hayang akibat hilang imbangan, lalu jatuh telentang.

Harimau kumbang akhirnya menjerit, “Aduh! Cukuplah! Kamu menang! Aku serah!”.

Tanpa sebarang kecederaan mahupun kelesuan, nyamuk berterbang pergi dengan penuh rasa bangga diri.

Nyamuk bercakap besar tentang kejayaannya mengalahkan harimau kumbang kepada siapa-siapa yang ingin mendengar.

Nyamuk yang angkuh itu terlalu leka bercakap besar. Pada suatu hari, nyamuk terperangkap pada sarang lelabah yang terbentang antara beberapa batang pohon.

Ketika lelabah yang saiznya agak kecil lagi bergegas ke arah nyamuk dengan mulutnya terbuka, nyamuk cuba meronta di sarang yang memerangkapnya dengan kuat.

Nyamuk itu keluh, “Meskipun aku berjaya mengalahkan ratu haiwan yang paling gagah di seluruh alam ini, akhirnya pun menjadi habuan serangga yang lebih kecil daripada aku!”

Jawapan

Klik sini untuk melihat jawapan
  1. Nyamuk terbang berlegar di kepala harimau kumbang ketika dia cuba melelapkan mata.
  2. Nyamuk menggigit harimau kumbang bertalu-talu pada hidung, pipi dan telinganya.
  3. mempermain-mainkan
  4. Cis, Aduh
  5. Dia tercakar diri dengan kuku.
  6. mati celuk
  7. bagai tagar di Pulau Sembilan
  8. Seekor lelabah kecil yang menjadi pembinasa nyamuk.
  9. ayat majmuk campuran
  10. Jangan menilai keupayaan seseorang berdasarkan saiz fizikalnya semata-mata.

Nota kaki

Latihan ini sesuai untuk sekalian penutur bahasa Melayu, khususnya pelajar yang hendak menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bahasa Melayu Kertas 4 (1103/4 Kemahiran Mendengar).