Arahan: Sila tekan video di bawah dan dengar rakamannya dengan teliti. Soalan-soalan akan diperlihatkan sebelum maklumat atau petikan diperdengarkan. Petikan tersebut akan diperdengarkan sebanyak dua kali. Anda dikehendaki mendengar rakaman tersebut dengan teliti dan menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Rakaman
Soalan
- Manakah benua yang ditimpa gelombang haba? (Afrika / Eropah / Asia / Amerika)
- Berdasarkan kajian saintis, nyatakan faktor yang mengakibatkan berlakunya gelombang haba.
- Berapakah suhu yang dicatatkan oleh kerajaan British? (30°C / 35°C / 40°C /45 °C)
- Siapakah kumpulan yang dianggap lebih terdedah kepada risiko kengerian gelombang haba, pada pandangan British?
- Selain kejang haba, nyatakan sekurang-kurangnya dua bahaya kesihatan lain yang dibawa gelombang haba.
- Lengkapkan ruang kosong berkenaan dengan urutan munculnya gejala kejang haba. Tubuh badan terdedah cuaca hangat. > (?) > Otot-otot kejang.
- Yang berikut apakah yang paling sama maksud dengan ‘tindakan cocok’? (persiapan segera / usaha sesuai / langkah tambahan / rancangan terperinci)
- Apakah peribahasa yang paling sesuai untuk menerangkan nasihat pada akhir rakaman? (Sediakan payung sebelum hujan / Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas / Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit / Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga)
Skrip
Klik sini untuk melihat skrip Gelombang Haba
Pada musim panas yang lalu, gelombang haba yang amat membimbangkan telah melanda beberapa negara Eropah. Menurut ahli-ahli sains iklim, suhu luar biasa ini dimulakan oleh kemunculan tekanan atmosfera tinggi di luar persisiran negara Sepanyol.
Misalnya, negara Britain mencatatkan cuaca yang paling dahsyat dalam tempoh 30 tahun, iaitu dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius. Kerajaan British telah menggesa rakyatnya untuk mengenal pasti penduduk yang lebih terdedah, seperti komuniti yang mendiami bangunan bertingkat tinggi, agar tindakan cocok dapat dilaksanakan.
Antara kerumitan yang boleh menimbul lalu membahayakan tubuh-tubuh manusia akibat fenomena ini termasuklah tiga jenis penyakit akut. Pertamanya ialah ruam panas, iaitu ruam gatal berbintik kecil dan merah yang muncul pada bahagian kulit yang boleh menjadi tersangat gatal.
Keduanya, kejang haba, iaitu kelesuan akibat kehilangan air dari badan, juga boleh ditimpa jika terdedah cuaca panas. Secara tenatnya, keadaan ini boleh menyebabkan kekejangan otot dan perasaan mual.
Ketiganya dan akhir sekali, hipertermia juga suatu kesan gelombang haba. Hipertermia ini berlaku apabila suhu badan menjadi jauh lebih tinggi daripada paras normal dan diakibatkan oleh pengumpulan haba dalam badan pada kadar yang lebih pantas daripada lesapan haba.
Selain ketiga-tiga penyakit yang disenaraikan tersebut, gelombang panas yang melampau juga boleh menyebabkan tekanan darah lebih rendah. Apabila dipadukan dengan perpeluhan, situasi ini pun boleh menyebabkan keletihan dan kelesuan.
Hal ini boleh mengilustrasikan potensi fenonema gelombang haba untuk menimbulkan tekanan yang amat sangat kepada prasarana dan infrastruktur kesihatan sesebuah negara, khususnya negara-negara yang biasanya tidak mengalami haba keterlaluan semacam ini. Oleh itu, pihak dari negara-negara tersebut sepatutnya membuat persiapan sebelum kedatangan musim panas setiap tahun, agar dapat meringankan impak krisis gelombang haba.
Jawapan
Klik sini untuk melihat jawapan
- Eropah
- Kemunculan tekanan atmosfera tinggi di luar persisiran negara Sepanyol yang mengakibatkan berlakunya gelombang haba.
- 40°C
- Komuniti yang mendiami bangunan bertingkat tinggi dianggap lebih terdedah.
- Ruam panas / Hipertermia / Tekanan darah lebih rendah / Keletihan dan kelesuan
- Badan kehilangan air.
- Usaha sesuai
- Sediakan payung sebelum hujan
Nota kaki
Latihan ini sesuai untuk sekalian penutur bahasa Melayu, khususnya pelajar yang hendak menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bahasa Melayu Kertas 4 (1103/4 Kemahiran Mendengar).