Kata Seru
Kata seru, sejenis kata tugas, membentuk ayat seruan dan melahirkan atau menerbitkan pelbagai perasaan yang kuat. Bentuk ini lazimnya terletak di bahagian hadapan ayat.
Tanda seru sepatutnya diletakkan pada hujung ayat seru, bukan selepas kata seru.
oh
eh
wah
cis
aduh
amboi
wahai
syabas
celaka
aduhai
Aduh
‘Aduh’ digunakan untuk menyatakan rasa sakit.
Aduhai
‘Aduhai’ digunakan untuk menyatakan rasa sedih.
Amboi
‘Amboi’ digunakan untuk menyatakan rasa hairan atau untuk mengusik seseorang.
Celaka
‘Celaka’ digunakan untuk menyatakan kemarahan atau kekecewaan.
Cis
‘Cis’ digunakan untuk menyatakan perasaan marah atau benci.
Eh
‘Eh’ digunakan untuk menyatakan kehairanan, seperti ketika terkejut atau terperanjat.
Oh
‘Oh’ digunakan untuk menyatakan terkejut.
Syabas
‘Syabas’ digunakan untuk menyatakan bagus dan mengucapkan tahniah.
Wah
‘Wah’ digunakan untuk menyatakan kehairanan, seperti ketika terkejut atau berasa kagum.
Wahai
‘Wahai’ digunakan untuk menyatakan rasa sedih untuk menarik perhatian atau memperingatkan.