Kata Sendi Nama

Kata sendi nama merupakan salah satu jenis kata tugas yang teramat penting dalam bahasa Melayu. Fungsinya sebagai kata depan bagi kata nama atau frasa nama.

di
ke
dari
daripada
kepada
pada
untuk
dengan
antara
dalam
bagi
demi
tentang
terhadap
akan
oleh
seperti
umpama
laksana
bagai
sejak
hingga
sampai

Dalam senarai kata sendi nama yang terdapat di atas, ada sesetengah yang memegang fungsi lain. Misalnya, dalam dan antara bukan sahaja kata sendi nama, tetapi juga berfungsi sebaaai kata arah. Selain itu, akan juga mampu berfungsi sebagai kata bantu aspek.