Kata Pembenda
Kata pembenda ialah salah satu kata tugas dalam bahasa Melayu. Fungsi perkataan pascakata ini adalah untuk mengubahkan kata-kata yang bukan kata nama kepada kata nama. Dalam bahasa Melayu, golongan kata pembenda terdiri daripada bentuk –nya.
-nya
Unsur -nya boleh menjadikan berbagai-bagai jenis perkataan seperti kata adjektif ataupun kata kerja sebagai kata nama. Contohnya, perkataan ‘luas’ yang asalnya merupakan kata adjektif, dapat bergabung dengan -nya untuk menjadi ‘luasnya’, iaitu sejenis kata nama yang bersinonim dengan ‘keluasan’ (maknanya, kelapangan).
Luasnya dewan itu memang sesuai untuk acara anda.
Sebagai contoh lain, kata kerja ‘tiba’ boleh bersambung dengan bentuk -nya untuk menghasilkan ‘tibanya’ yang sama maksud dengan ‘ketibaan’ (iaitu perihal tiba, kedatangan).
Pada minggu yang lepas, tibanya ribut taufan tidak disangka-sangka.