Kata Majmuk
Kata majmuk merujuk kepada istilah yang dibentuk ketika dua atau lebih kata dasar digabungkan untuk melahirkan makna yang lebih berbeza dan khusus. Secara umumnya, kata majmuk dalam bahasa Melayu akan dieja secara berpisah. Namun begitu, ada sesetengah kata majmuk yang dieja bercantum; golongan kata ini dikenali sebagai ‘kata majmuk mantap’.
Kata majmuk mantap
Antara kata majmuk mantap yang dieja rapat ialah:
antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
matahari
pesuruhjaya
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tanggungjawab
warganegara
Kata majmuk kiasan
Selain itu, terdapat juga segolongan kata iaitu ‘kata majmuk kiasan’. Kata majmuk kiasan ini sebenarnya simpulan bahasa, iaitu gabungan istilah yang membawa makna kiasan.
Penggandaan kata majmuk
Ketika kata majmuk digandakan, hanya kata dasar yang pertama dilibatkan sahaja, kecuali bentuk kata majmuk yang sudah mantap.
meja-meja tulis
buku-buku catatan
bendera-bendera rasmi
budak-budak nakal
ketua-ketua menteri
Pengimbuhan kata majmuk
Ketika kata majmuk (yang dieja berpisah) menerima imbuhan awalan atau akhiran, ejaannya tetap berpisah.
bercampur aduk
mengambil alih
berterima kasih
daya sarapan
Ketika kata majmuk (yang dieja berpisah) menerima imbuhan apitan, ejaannya akan terjadi rapat.
mencampuradukkan (campur aduk)
penyalahgunaan (salah guna)
keibubapaan (ibu bapa)