Kata Hubung

Kata hubung ialah sejenis kata tugas yang berfungsi menggabungkan beberapa unsur ayat. Ada dua golongan kata hubung:

Kata hubung gabungan

Kata hubung gabungan berfungsi menghubungkan dua unsur ayat atau lebih yang sama tara sifatnya.

dan
atau
tetapi
serta
lalu
malahan
sambil
kemudian

Kata hubung pancangan

Kata hubung pancangan pula berfungsi menyambung klausa pancangan pada klausa utama (atau juga dikenali sebagai klausa induk). Terdapat tiga jenis kata hubung pancangan dalam bahasa Melayu.

Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung pancangan relatif (atau juga dikenali sebagai ‘kata relatif’ sahaja) menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Perkataan yang memiliki fungi ini ialah kata yang.

yang

Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung pancangan komplemen (atau juga dikenali sebagai ‘kata komplemen’ secara ringkasnya) menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap pada klausa utama.

bahawa
untuk

Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan (atau ringkasnya ‘kata keterangan’) berfungsi menghubungkan klausa keterangan pada klausa utama.

kerana
agar
semoga
kalau
jika
hingga
supaya
sekiranya
sementara
semasa
sewaktu
untuk*
apabila
ketika
walaupun
setelah
tatkala
sungguhpun
kendatipun
meskipun
andai kata