Kata Ganda
Terdapat tiga jenis proses pengandaan dalam bahasa Melayu, iaitu kaedah yang menjadikan sesuatu istilah kata ganda.
Kata Ganda Penuh
Pertamanya, penggandaan penuh merupakan proses yang menggandakan seluruh kata dasar. Kaedah penggandaan penuh juga boleh dibahagikan kepada penggandaan penuh tunggal dan penggandaan penuh berimbuhan. Misalnya:
kawan-kawan
panjang-panjang
ura-ura
juruhebah-juruhebah
Kata Ganda Separa
Kedua, penggandaan separa menggandakan sebahagian daripada kata dasar. Apabila proses penggandaan separa berlaku pada kata tunggal, bunyi vokal dalam suku kata pertama kata dasar tersebut akan mengalami perubahan menjadi bunyi dan ejaan ‘e pepet’.
bebola
pepijat
tetalung
Pada kata terbitan (iaitu kata yang mengalami proses pengimbuhanan), penggandaan separa melibatkan pengulangan sebahagian daripada kata dasar tersebut, iaitu bahagian yang tanpa imbuhan. Selain itu, penggandaan separa boleh lagi diklasifikasikan mengikut jenis imbuhannya, iaitu:
- penggandaan separa berawalan,
- penggandaan separa berapitan, dan
- penggandaan separa berakhiran.
cari-mencari
bermain-main
Kata Ganda Berentak
Ketiga, penggandaan berentak ialah teknik yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu dan boleh dikategorikan kepada tiga subgolongan, iaitu:
- penggandaan berentak pengulangan vokal,
- penggandaan berentak pengulangan konsonan, dan
- penggandaan berentak bebas.
kelam-kabut
pindah-randah
ulang-alik