Kata Bantu

Kata bantu sejenis kata tugas yang berfungsi menambahkan makna ayat dari segi waktu atau ragam.

Kata bantu aspek

Kata bantu aspek menunjukkan suasana sesuatu perbuatan dilakukan dari segi masa dan waktu, sama ada masa lampau, masa kini atau masa depan.

telah
akan
sudah
baru
pernah
masih
belum
mula

Kata bantu ragam

Kata bantu ragam menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan.

hendak
mahu
harus
mesti
boleh
dapat
patut
mungkin
enggan