Imbuhan sisipan
Imbuhan ditambahkan pada kata-kata dasar untuk menyebabkan perubahan maknanya. Imbuhan sisipan melekat pada bahagian tengah kata dasar. Terdapat empat jenis sisipan dalam bahasa Melayu sahaja.
Imbuhan sisipan -el- membentuk kata seperti celoreng、jelajah、telapak、selerak.
Imbuhan sisipan -em- membentuk kata seperti cemerlang、gemilang、temali.
Imbuhan sisipan -er- membentuk kata seperti seruling、gerigi、serabut、kerlip.
Imbuhan sisipan -in- hanya membentuk satu perkataan sahaja iaitu sinambung.