Imbuhan se-
Fungsi-fungsi imbuhan se- bergantung pada kata dasar yang tergabung dengannya.
Fungsi (1): Sama
Imbuhan se- boleh membawa maksud ‘sama’. Kata terbitannya lazimnya diikuti oleh kata sendi nama dengan.
sepadan
setaraf
secantik
semanis
(sama padan)
(sama taraf)
(sama cantik)
(sama manis)
Fungsi (2): Kesemua / keseluruh
Imbuhan se- juga penanda maksud ‘kesemua atau keseluruh’.
sekeluarga
sedunia
se-Malaysia
Fungsi (3): Berada di tempat sama
Imbuhan se- juga dapat menghasilkan maksud sama tempat.
serumah
sekampung
sepejabat
Fungsi (4): Darjah penghabisan
Ketika awalan se- melekat pada kata adjektif ganda, kata terbitannya dapat menunjukkan darjah penghabisan, iaitu maksud ‘paling’ atau ‘sekali’.
Secerdik-cerdik pelajar pun tidak mampu meluluskan ujian itu.
Fungsi (5): Satu
Awalan se- pun juga dapat bergabung dengan penjodoh bilangan untuk menerbitkan bilangan satu.
sebatang (sungai)
seulas (durian)
seuntai (rantai)