Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman (atau imbuhan asing) ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa asing dan selanjutnya dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu untuk membentuk perkataan baharu.
Lazimnya, imbuhan pinjaman bahasa Melayu terbahagi kepada tiga golongan:
- imbuhan daripada bahasa Sanskrit
- imbuhan daripada bahasa Arab-Parsi
- imbuhan daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris
Secara umumnya, imbuhan asing hanya berfungsi sebagai awalan dan akhiran sahaja.
Imbuhan daripada Sanskrit
Imbuhan awalan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit termasuklah:
maha–
tata–
pra–
swa–
tuna–
eka–
dwi–
tri–
panca–
Di samping itu, imbuhan akhiran yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah:
–wan
–wati
–man
–nita
Imbuhan daripada Arab-Parsi
Terdapat satu awalan dalam golongan ini:
bi–
Seterusnya, imbuhan akhiran yang berasal daripada Arab-Parsi ialah:
–i
–wi
–iah
–in
–at
–ah
Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris
Paling banyak bentuk awalan asing berasal daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris. Antaranya termasuklah:
anti–
auto–
feno–
fito–
foto–
heksa–
hetero–
hidro–
hiper–
infra–
inter–
intra–
iso–
kilo–
makro–
meta–
mikro–
mili–
mono–
multi–
neo–
neuro–
oksi–
orto–
paleo–
para–
penta–
peri–
petro–
pleo–
poli–
pro–
sub–
super–
supra–
tele–
Terdapat juga akhiran yang dipinjam daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris:
–al
–ik
–is
–isme
–si