Imbuhan peR-…-an

Imbuhan apitan peR-…-an ada dua fungsi khas, iaitu untuk menghasilkan kata nama yang membawa maksud abstrak dan tempat. Ingatlah bahawa apitan peR-…-an merupakan imbuhan yang beza daripada imbuhan apitan pe-…-an dan peN-…-an. Sebagai contoh:

  • satu boleh menjadi penyatuan (jika bergabung dengan peN-…-an) atau persatuan (jika bergabung dengan peR-…-an);
  • henti boleh menjadi perhentian (jika bergabung dengan peR-…-an) atau penghentian (jika bergabung dengan peN-…-an);
  • bujang boleh menjadi pembujangan (jika bergabung dengan peN-…-an), pebujangan (jika bergabung dengan pe-…-an) serta perbujangan (jika bergabung dengan peR-…-an).

Fungsi (1): Konsep abstrak

Peranan imbuhan peR-…-an mencipta kata nama berkonsep abtrak.

perpaduan
perdagangan
pergerakan
perjawatan
perlembagaan

Pertumbuhan pokok itu terencat akibat kekurangan baja dan air.

Fungsi (2): Tempat

Fungsi kedua apitan peR-…-an ialah penghasilan kata nama tempat.

perhentian
pergunungan
perkampungan
perkuburan
perlindungan