Imbuhan pe-…-an

Imbuhan apitan pe-…-an ada dua fungsi khas, iaitu untuk membentuk kata nama yang membawa maksud sesuatu peristiwa ataupun sesuatu tempat. Ingatlah bahawa apitan pe-…-an ini merupakan imbuhan yang beza daripada imbuhan apitan peR-…-an dan peN-…-an. Sebagai contoh:

  • tempat boleh menjadi penempatan (jika bergabung dengan peN-…-an) atau petempatan (jika bergabung dengan pe-…-an);
  • bujang boleh menjadi pembujangan (jika bergabung dengan peN-…-an), pebujangan (jika bergabung dengan pe-…-an) serta perbujangan (jika bergabung dengan peR-…-an).

Fungsi (1): Peristiwa

Pertama sekali, imbuhan pe-…-an boleh menunjukkan peristiwa, seperti dalam perkataan peperangan dan peperiksaan.

Fungsi (2): Tempat

Kedua, fungsi apitan pe-…-an yang lain adalah sebagai penanda tempat. Contoh termasuklah pedalaman, pelabuhan, pesisiran.

Berdasarkan pengisahan ayah, kehidupan di pedesaan amat tenteram.