Imbuhan meN-…-i
Meskipun apitan meN-…-i imbuhan yang begitu popular dalam bahasa Melayu, imbuhan ini sering menimbulkan kekeliruan dalam golongan penutur.
Bentuk
Bentuk apitan meN-…-i sama-sama dengan imbuhan meN-.
Fungsi
Bagi memudahkan kefahaman, kegunaan-kegunaan imbuhan apitan meN-…-i boleh dikategorikan mengikut (1) jumlah objek yang diterima dalam ayat tertentu serta (2) subjeknya kata nama hidup atau tidak hidup. Oleh itu, blog ini akan disusun mengikut tajuk berikut:
- Kata kerja berapitan meN-…-i dengan satu objek (Subjek ialah kata nama hidup)
- Kata kerja berapitan meN-…-i dengan satu objek (Subjek ialah kata nama tidak hidup)
- Kata kerja berapitan meN-…-i dengan dua objek
Dengan satu objek (Subjek bernyawa)
Fungsi (1): Penanda penerima tindakan
Aspek makna apitan meN-…-i menandakan objek yang menerima sesuatu tindakan.
menggemari
menghormati
mencemburui
mengetahui
mempercayai
(gemar akan)
(hormat terhadap)
(cemburu akan)
(tahu akan)
(percaya kepada)
Fungsi (2): Menuju sasaran (subjek bergerak)
Imbuhan meN-…-i juga membawa maksud ‘menuju sasaran’ dalam keadaan subjek bergerak.
menaiki
meniduri
memasuki
mendekati
(naik ke)
(tidur di)
(masuk ke dalam)
(pergi dekat kepada)
Fungsi (3): Melakukan sesuatu banyak kali
Makna imbuhan meN-…-i lain ialah ‘melalukan sesuatu berkali-kali’.
memukuli
menikami
(memukul berkali-kali)
(menikam berkali-kali)
Fungsi (4): Cara bertindak terhadap orang lain
Apitan meN-…-i juga mampu diimbuhkan pada kata adjektif untuk menunjukkan tingkah laku seseorang terhadap orang lain.
membengisi
mengasari
mengerasi
(berlaku bengis terhadap)
(berlaku kasar terhadap)
(berlaku keras terhadap)
Dengan satu objek (Subjek tidak bernyawa)
Fungsi (5): Menyebabkan memiliki sesuatu sifat
Kalau subjek ialah benda yang tidak bernyawa, kata kerja berapitan meN-…-i bermaksud ‘menyebabkan seseorang atau sesuatu benda memiliki sifat yang terkandung dalam kata dasar’.
menghiasi
memenuhi
mengotori
menyebabkan terhias
menyebabkan penuh
menyebabkan kotor
Sepasu bunga mawar menghiasi dewan.
Fungsi (6): Menjadi sesuatu di / pada
Selain itu, apitan meN-…-i juga mampu bermaksud subjek tidak bernyawa itu menjadi sesuatu lain.
membanjiri
memagari
menjadi banjir di
menjadi pagar di
Dawai berduri memagari syarikat itu.
Dengan dua objek
Fungsi (7): Memberikan
Secara amnya, sejumlah kata dasar yang dapat bergabung dengan apitan meN-…-i untuk menghasilkan makna ‘memberikan’, pun mampu bergabung dengan apitan meN-…-kan. Binaan ayatnya akan berbeza berdasarkan imbuhan yang digunakan. Cubalah bandingkan ayat-ayat di bawah.
mengurniai
menghadiahi
menjatuhi
(mengurniakan ⋯ kepada ⋯)
(menghadiahkan ⋯ kepada ⋯)
(menjatuhkan ⋯ kepada ⋯)
Hakim yang adil mahupun bijaksana tersebut menjatuhi perompak itu hukuman penjara yang berat.
Kalau hendak menggantikan kata kerja dalam ayat di atas dengan kata kerja berapitan meN-…-kan, binaannya akan menjadi berikut:
Hakim yang adil mahupun bijaksana tersebut menjatuhkan hukuman penjara yang berat kepada perompak itu.
Raja mengurniai pahlawan berani itu peringat kebesaran.
Kalau hendak menggantikan kata kerja dalam ayat di atas dengan kata kerja berapitan meN-…-kan, binaannya akan menjadi berikut:
Raja mengurniakan peringat kebesaran kepada pahlawan berani itu.