Imbuhan ke-…-an
Dalam bahasa Melayu, apitan ke-…-an ada berbagai-bagai fungsinya. Imbuhan ini dapat membentuk kata nama, kata kerja, mahupun kata adjektif.
Fungsi (1): Tempat
Pertamanya, imbuhan ke-…-an penanda tempat.
kementerian
kesultanan
kedutaan
kediaman
Fungsi (2): Konsep abstrak
Imbuhan apitan ke-…-an juda dapat membentuk kata nama abstrak yang ada kaitan dengan kata dasar.
kedaulatan
ketibaan
kerugian
kebenaran
ketidakstabilan
Fungsi (3): Sifat
Selain itu, apitan ke-…-an pun dapat membentuk kata adjektif untuk menerangkan sifat seseorang atau sesuatu benda.
kecinaan
kebudak-budakan
Fungsi (4): Terkena (Ayat pasif)
Kata kerja pasif yang hampir sama maksud dengan ‘terkena’ dapat dibentuk melalui imbuhan apitan ke-…-an.
Badannya terketar-ketar kerana kehujanan semasa pulang dari sekolah.