Imbuhan beR-…-kan
Bentuk
Imbuhan apitan beR-…-kan sama dengan prinsip perubahan imbuhan awalan beR-.
Terbitan
Apitan beR-…-kan boleh diimbuhkan pada kata nama dan keta kerja, tetapi tidak dapat bergabung dengan kata adjektif.
berdasarkan (dasar ialah kata nama)
bertatahkan (tatah ialah kata kerja)
Perkataan di atas adalah betul.
berpanjangkan*
Perkataan di atas tidak wujud, kerana imbuhan beR-…-kan tidak boleh digabungkan dengan kata adjektif.
Sintaksis
Kata kerja berapitan beR-…-kan mesti diikuti oleh pelengkap yang lazimnya ialah kata nama.
bertilamkan* dengan surat khabar
Ayat di atas tidak gramatis. Hal ini demikian kerana kata kerja berapitan beR-…-kan diikuti rapat dengan kata sendi nama (bukan pelengkap). Oleh itu, ayat ini semestinya dibentulkan seperti berikut:
bertilamkan surat khabar
Fungsi
Makna utama beR-…-kan ialah menjadikan sesuatu sebagai maksud yang terkandung dalam kata dasar.
Maharaja menghadiahi utusan itu sepersalinan pakaian yang bertatahkan ratna mutu manikam.
(bertatahkan = menjadikan sesuatu bertatah)
Selepas kehilangan kerja, penganggur itu terpaksa berbantalkan lengan di tepi jalan raya.
(berbantalkan = menjadikan sesuatu sebagai bantal)
Beliau bersuamikan seorang sasterawan.
(bersuamikan = menjadikan seseorang sebagai suami)